Monday, March 28, 2016

Petua Kurangkan Kencing Manis Dengan Lebihkan Sayur-Sayuran

Image result for vege

Lebihkan pengambilan sayur-sayuran yg membantu mengurangkan paras gula seperti brokoli, peria katak, bayam & kekacang hijau.

Monday, March 21, 2016

Petua Kurangkan Kencing Manis Dengan Menukar Beras & Gula

Image result for beras perang

Menukar beras biasa anda kepada beras perang atau beras basmathi yg lebih rendah kandungan kanjinya. Tukar juga gula pasir anda kepada gula perang.

Tuesday, March 15, 2016

Petua Kurangkan Kencing Manis Dengan Elak Makan di Luar

Image result for restaurant

Kurangkan makan di restoran atau di kedai makan. Perbanyakkanlah memasak sendiri makanan di rumah - ini membolehkan anda mengawal sendiri jumlah gula yg dimasukkan ke dalam makanan & minuman anda.

Wednesday, March 9, 2016

Petua Ubati Kencing Manis Dengan Perbanyakkan Minum Air Kosong

Image result for mineral water

Minum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari dan seharusnya lebih apabila anda mempunyai berat badan berlebihan.

Tuesday, March 1, 2016

Petua Ubati Kencing Manis Dengan Kurangkan Pengambilan Makanan Tinggi Gula

Kurangkan mengambil makanan tinggi kandungan gula - seperti kuih-muih, air tin/kotak, gula-gula, susu pekat manis, serta minuman di restoran.


punca kencing manis
Perbandingan kandungan gula dalam beberapa jenis air minuman di pasaran

Monday, February 22, 2016

Petua Mengeringkan Luka Diabetes Dengan Halia

Image result for jahe

Anda hanya perlu memarut halia tersebut dan balutkan parutan jahe tersebut ke bagian luka diabetes anda. Namun, bersihkanlah luka Anda terlebih dahulu untuk mendapatkan hasil yang maksimal.

Wednesday, February 17, 2016

Petua Mengeringkan Luka Diabetes Dengan Senduduk

Image result for senduduk

Daun sedunduk adalah tanaman liar yang tumbuh di sekitar pohon kelapa. Ambilah daun tersebut dan hancurkan atau tumbuklah daun tersebut lalu balutkan ke luka diabetes Anda. Cara mengeringkan luka diabetes ini patut anda cuba.

Wednesday, February 10, 2016

Petua Mengeringkan Luka Diabetes Dengan Habbatus Sauda

Image result for habbatus sauda

Tuamlah luka anda dengan rendaman kain pembalut yang dicampur dengan cecair Habbatussauda secara rutin pagi dan petang/malam hari . Anda juga boleh menurunkan kadar gula anda dengan meminum pil atau minuman habbatus sauda.

Monday, February 1, 2016

Petua Ubati Kencing Manis Dengan Yogurt

6 makanan untuk pesakit kencing manis amalkan

Rajinlah makan yogurt. Selain daripada baik untuk penyakit kencing manis anda, ia juga baik untuk menurunkan berat badan anda. Kalau boleh belilah yogurt asli yang ada dijual di pasaraya untuk dimakan dengan buah-buahan.

Ini saya perturunkan satu lagi makanan yogurt asli yang saya ambil daripada kawan-kawan Arab Lubnan ketika berada di laur negara. Anda boleh sediakan makanan ini untuk sarapan pagi yang lazat.

Resepi yogurt makan dengan roti

Dapatkan yogurt asli daripada pasaraya berdekatan. Biasanya saya akan beli di Giant yang meletakkan yogurt ini di bahagian yogurt perasa lain. Perhatikan label pada bekasnya terlulis "Natural Yogurt'.

Penyediaannya mudah saja. Ambil sesenduk yogurt asli itu, masukkan dalam pinggan kecil dan ratakannya sepeti kita buat pada kentang lenyet di atas. Kemudian tuangkan minyak zaitun penuh atas yogurt tersebut. Percikkan sedikit garam di atasnya dan siap!.

Ambil kepingan roti dan cicah yogurt asli bersama dengan minyak zaitun itu dan makan. Subhanallah lazat dan berkhasiat sekali. Anda dapat rasakan aroma yogurt bersama minyak zaitun yang memecah rasanya dalam mulut perlahan-lahan ketika anda mengunyah roti tersebut seara perlahan-lahan.

Jika anda dah dapat rasa kelazatannya, anda akan mula rasa nak makan selalu resepi ini dan ianya amat baik untuk kesihatan anda terutamanya mereka yang berpanyakit kencing manis.

http://gigitankerengga.blogspot.my/2014/04/6-makanan-untuk-pesakit-kencing-manis.html

Monday, January 25, 2016

Halba Merawat Kencing Manis


Serat di dalam halba berfungsi untuk melambatkan pencernaan karbohidrat. Ini dapat menjelaskan kandungan gula di dalam darah. Ia juga penuh dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Halba boleh diambil secara pil, direndam atau masukkan ke dalam makanan.

Tuesday, January 19, 2016

Petua Kurangkan Kencing Manis Dengan Avocado


Avocado menunjukkan dapat mengurangkan risiko sindrom metabolik kerana mempunyai Asid Lemak Mono tak tepu (Mono saturated Fatty Acid -MUFA). Kajian membandingkan Diet karbohidrat yang tinggi bersama dengan diet MUFA menunjukkan kandungan glukosa yang rendah dalam darah. MUFA dapat memberikan rasa kenyang selepas makan, memberikan kesan yang sihat kepada tekanan darah dan masalah keradangan. Antara makanan yang tinggi dengan kandungan MUFA ialah kacang, buah zaitun, minyak zaitun, rami dan benih.

Tuesday, January 12, 2016

Petua Ubati Kencing Manis Dengan Minyak Zaitun

olive oil

Minyak zaitun amat bagus untuk anda yang kena penyakit kencing manis. Minyak zaitun dapat mengawal kandungan gula dalam badan anda agar steady sentiasa.

Oleh itu jangan lokek sedikit duit untuk simpan stok minyak zaitun dalam rumah anda. Memang harganya agak mahal, jauh mahal berbanding minyak kelapa sawit yang selalu kita pakai. Harga seliter minyak zaitun lebih mahal daripada harga satu tong minyak kelapa sawit.

Oleh itu janganlah pulak digunakan untuk goreng ikan atau masakan. Makanlah secara mentah dengan resepi-resepi tertentu seperti dibawah.

Resepi kentang lenyet untuk makan bersama roti

Ini adalah resepi makan cara orang arab dengan menggunakan bawang putih sebagai salah satu daripada bahannya. Anda boleh cuba di rumah dan jadikan sebagai makanan sarapan pagi yang sihat. Apa yang anda perlu buat adalah dengan merebus ubi kentang 2 atau 3 biji sehingga masak dan gebu.

Selepas itu lenyetkannya di dalam bekas seperti mangkuk atau seumpamanya. Kupas 3 atau 4 ulas bawang putih dan hancurkan bawang putih tersebut. Selepas itu campur kan dengan kentang lenyet itu agar sebati.

Selepas kentang serta butiran bawang putih yang dilenyet itu di gaul, ratakan dalam pinggan. Kemudian tuangkan minyak zaitun di permukaan kentang lenyet yang diratakan dalam pinggan itu secukup rasa. Boleh tabur sedikit garam dan sedikit lada hitam di atasnya untuk menambahkan rasa.

Ha! dah siap menus lazat ini, untuk anda makan dengan roti seperti gardenier atau baguet (roti perancis), atau apa-apa roti yang tawar. Koyak sedikit roti, calitkan pada kentang bersama bawang putih dan minyak zaitun itu dan ngam! kunyah! memang lazat sebagai makanan sarapan yang berkhasiat.

http://gigitankerengga.blogspot.my/2014/04/6-makanan-untuk-pesakit-kencing-manis.html

Tuesday, January 5, 2016

Cuka Epal Tingkatkan Kepekatan Insulin


Cuka epal yang diambil bersama secawan air kosong sebelum makan apa-apa di dapati dapat meningkatkan kepekaan kepada insulin dan mengurangkan kandungan gula di dalam darah selepas makan makanan berkanji. Asis asetik di dalam cuka dapat mengurangkan enzim-enzim yang tertentu.