Saturday, March 9, 2013

Mengesan Kadar Gula Dalam Darah


Kalau nak pastikan samada petua diabetes Maklong ini berkesan atau tidak, Mak long sarankan cuba dapatkan glucometer. Glucometer ini boleh didapati di kebanyakan farmasi. Glucometer digunakan untuk mengesan kadar gula dalam darah dan ini boleh dilakukan sendiri oleh pesakit atau dibantu oleh ahli keluarga pesakit. Tak payah tunggu hingga berjumpa doktor untuk check kadar gula dalam darah kerana kalau ini dilakukan sendiri di rumah penyakit diabetes dapat dikawal dari menjadi bertambah teruk sehingga menyebabkan komplikasi lain yang sukar untuk diubati.

Set glucometer terdiri dari meter pembaca kadar gula, test strip, lancet (jarum halus) dan lancet pen. Lancet atau jarum halus biasanya dipakej dalam kotak dan setiap lancet hanya boleh digunakan untuk sekali bacaan saja. Ia tidak boleh dikongsi antara dua orang. Untuk bacaan baru kena guna lancet baru setiap kali.

Untuk mendapatkan bacaan,
  • Masukkan lancet ke dalam pen lancet dan ketatkan;
  • Pasang suis meter dan masukkan test strip kedalam meter;
  • Bersihkan hujung jari dengan alcohol pad dan picit jari supaya darah mudah keluar;
  • Dengan bismillah, letakkan pen betul-betul pada tengah hujung jari dan tekan punat pen supaya jarum lancet dapat mencucuk hujung jari dengan baik;
  • Titiskan darah pada test strip dan perhatikan meter mula memproses bacaan.
Idealnya kadar bacaan kadar gula yang normal adalah dalam julat antara 4 – 7 mmol/l dalam keadaan perut kosong; kurang dari 10 mmol/l 90 min selepas makan dan lebih kurang 8 mmol/l sebelum  tidur. Kadar ini boleh berbeza antara individu jadi sebaiknya dapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

Amalkan mengambil bacaan setiap selepas bangun tidur sebelum sarapan. Rekodkan ke dalam buku catitan dan elok kalau buku catitan ini dibawa bersama ketika berjumpa doktor.

http://maklongskitchen.wordpress.com/2009/11/17/mengesan-kadar-gula-dalam-darah/

No comments:

Post a Comment